Rumah Tradisional Melayu Melaka


Usia rumah ini lebih 100 tahun. Ia dibina pada tahun 1894 dan kemudian diubahsuai pada tahun 1915 seperti yang ada sekarang. Seni bina : Rumah ini berasaskan bentuk rumah Melayu, rumah limas Johor-Riau/Cina dan Barat. Sebahagian besar dibina dengan menggunakan kayu dan batu (simen). Tukangnya terdiri dari Tukang-Tukang Melayu dan Tukang Cina. Tukang Melayu menguruskan sebagaian besar rumah yang berkaitan dengan kayu dan Tukang Cina menguruskan bahagian yang ada kaitan dengan kerja menyimin iaitu hanya berkaitan dengan tangga pelantar dan dapur. 


Dari segi seni binanya kita dapat lihat dengan jelas seni bina Melayu, Cina dan Barat.
Rumah utama Seni Bina Melayu dengan gabungan senibina Melayu Melaka dan Gabungan senibina “Limas” iaitu Melayu Johor-Riau-Lingga. Rumah besar dan rumah dapurnya pula adalah dari senibina Melayu Melaka dan anjungnya adalah dari Senibina Johor-Riau-Lingga.


Struktur rumah ini terdiri dari anjung, serambi, rumah besar , pelanatar, rumah dapur dan dapur masak. Terdapat fungsi dalam setiap bahagian dalam rumah tersebut:


1. Anjung: Digunakan untuk pentadbiran, pembicaran, dan penyelesaian masalah. 


2. Rumah Ibu/Besar/Ibu: mempunyai 3 bahagian iaitu bilik tidur,ruang dewan dan loteng.


3. Bilik Tidur adalah tempat tidur Demang ataudigunakan sebagai bilik tidur pengantin apabilaberlaku majlis perkahwinan.


4. Bilik /Ruang Tengah Rumah: Sebagai dewan bagi sesuatu majlis keramaian atau perkahwinan. Di sini terdapat sebuah pelamin untuk pengatin bagi keluarga Demang.


5. Loteng: Untuk kegunaan anak dara dan bilik menyimpan harta/khazanah Demang. 


6. Pelantar: Untuk tujuan menjemur padi, kuih, ikan dll serta digunakan untuk tujuan hidangan dalam-majlis tertentu.


7. Rumah dapur: Untuk kegunaan keluarga khasnya kaum ibu digunakan untuk bersaji, berbincang, berhibur dan pada malamnya untuk tidur.


8. Dapur: Tujun untuk menyedaikan makanan. Jika dilihat dapurnya sangat besar. Ini adalah kerana kerap diadakan majlis makan 


9. Ukiran: Terdapat bagitu banyak ukiran yang bermotifkan flora dan Fauna. Terdapat unsur-unsur “Itik pulang petang” , bunga tulip dan bunga teratai ,paku-pakis dll yang menambahkan keindahan rumah tersebut. Seluruh anjung, tiang-tiang di bahagian serambi dan anjung, tiang seri semuanya berukir dan bermotif tertentu.


10. Warna: Warna pilihan adalah warna yang menarik yang masih kekal bagitu lama. Warna “tiles” yang menjadi pilihan adalah warna-warna yang memberikan keceriaan dan menambahkan nilai estatika kepada rumah dan penghuninya.


11. Tangga Batu Kebangaan: Tangga Batu yang berukir dan lengkap dengan hiasan “mam-mar” merupakan tangga batu yang tercantik hingga kini. Inilah tangga yang menjadi kebangaan orang-orang Melaka. Tangga yang menggembang dari bawah ke atas seolah-olah mengucapkan “Selamat Datang” kepada sesiapa sahaja. Tangga yang terbuka seolah-olah tersenyum mengucap salam kepada semua.


12. Kolah air untuk berwuduk dan basuk kaki: Di hadapan tangga terdapat 2 buah kolah air yang digunkan untuk berwuduk dan juga untuk mencuci kaki sebelum naik ke rumah. 


13. Kerusi dianjung untuk pegawai Inggeris: Di anjung terdapat banyak bangku panjang berbentuk kerusi di sekelilignya. Ini bagi membolehkan pegawai-pegawai Inggeris yang memakai seluar/uniform dan tidak biasa duduk bersila boleh berehat dan berbincang.


Seni Budaya yang unik: Rumah Merlimau, ini bagitu unik. Ia telah meninggalkan satu warisan yang tidak ada nilainya. Oleh itu setiap warganegara Malaysia hari ini harus melihat dan menikmati satu peninggalan sejarah yang amat berharga ini.

"All the picture,information are for educational purpose only"