Penubuhan Muzium Samudera di Melaka adalah untuk menerangkan peranan Melaka sebagai pusat perdagangan pada masa lampau. Penubuhan muzium ini juga membolehkan masyarakat khususnya generasi muda dapat mengenali lebih dekat bahawa bagaimana kuasa penjajah menggunakan kapal sebagai kemudahan yang penting untuk melaksanakan misi perdagangan dan penjajahan. Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat para pedagang yang membawa bersama kapal-kapal yang serba lengkap untuk membuat perdagangan. Tetapi kuasa pejajah asing yang cuba menakluki Melaka telah menyebabkan banyak kapal perang dan kapal dagang musnah.
Muzium ini juga mempunayi rentetan sejarah yang cukup menarik pengkaji sejarah. Hal ini disebab oleh usaha dan penyalidikan yang dibuat untuk mendapatkan sumber yang sebenar kehilangan kapal Flor de La Mar yang dipimpin oleh Alfonso de Abuquerque dalam perjalanan pulang ke Portugis.
"All the picture,information are for educational purpose only"