St. Paul Church

St. Paul Church merupakan salah satu bangunan gereja yang bersejarah di Melaka, Malaysia yang dibina pada tahun 1521. St. Paul church dibina oleh orang Portugis di atas St. Paul’s hill dan merupa salah satu daripada lima gereja yang terdapat di atas bukit komples kubu A Famosa. St. Paul Church ini dibina oleh seorang kaptain Portugis yang bernama Duarte Coelho yang bertujuan untuk menjadikan St. Paul Church sebagai gereja Katolik yang terkemuka. Gereja ini ditukar sebagai tanah kubur untuk mereka yang mulia oleh Belanda dan dinama semula sebagai “ St. Paul Church” yang asalnya bernama “ Our lady Of the Hill”. Gereja ini terkenal sebagai tempat di mana badan St. Francis Xavier, seorang mubaligh Katolik perintis Asia Tenggara, dikebumi untuk tempoh lapan bulan selepas kematiannya di laut (dair grbang 22, 1553 hingga 11 disember, 1553) sebelum dihantar ke Goa, India. Kini, kubur tersebut terbuka di dalam gereja dan dilindungi oleh jejaring dawai serta kekal sebagai salah satu mercu tanda yang terkenal di Melaka.



Salah satu factor yang menarik yang terdapat dalam St. Paul Church ialah patung mamar St. Francis Xavier yang dibina untuk memperingati penawanan di sini lebih daripada 400 tahun yang lalu. Selain daripada batu nisan Belanda yang dilihat di sini, pandanagn dari St. Paul’s Hill juga adalah luar biasa.Biasanya, St. Francis Xavier akan mendaki St. Paul’s Hill ini untuk berdoa di dalam gereja ini  dalam tempoh selama 11 tahun mubaligh di Asia.


Terdapat  juga lagenda yang menyata bahawa St. Francis Xavier telah menghalang kejadian ribut dengan menyusut salib ke dalam laut. Walaupun salib tersebut terjatuh ke dalam laut, tetapi ia dihantar balik kepada St. Francis Xavier oleh satu ketam yang keluar dari laut.

Pada masa Belanda mendapat Melaka dari Portugis pada tahun 1641, mereka telah memusnahkan semua bangunan Portugis kecuali kubu, di mana mereka meletakkan lambing Belanda. Orang-orang Belanda juga mengambil alih gereja tersebut, memberbaiki serta menukar namanya sebagai St. Paul Church yang masih kekal sehingga hari ini. Gereja ini telah diguna oleh orang-orang Belanda selama 112 tahun sehingga mereka membina gereja mereka di kaki bukit, Christ Church.

Sewaktu British mengambil alih Melaka pada tahun 1824, St. Paul Church telah hilang menaranya. Namun begitu, British telah menambah satu lighthouse di depan St. Paul Church dan menjadikan gereja tersebut sebagai gudang untuk menyimpan senapang British.

                                                  "All the picture,information are for educational purpose only"