Masjid Kampung Kling merupakan antara masjid tertua di negeri Melaka,dibangunkan pada era penjajahan belanda Iaitu 1152 Hijrah bersamaan 1748 Masehi.yang pada ketika itu membenarkan orang-orang melayu Melaka pada ketika itu mendirikan masjid bagi menarik hati orang-orang melayu seterusnya masjid ini diperbahrui pada tahun 1288 Hijrahbersamaan 1872 Masehi dengan bangunan batu ,masjid ini didirikan setelah pembangunan masjid kampung hulu dibina
Masjid ini terletak di Jalan Tukang Emas bersebelahan Tokong Hindu Sri Payyatha Viyanagar Moorthi dan Tokong Cheng Moon serta berdekatan Masjid Kampung Hulu. Kawasan persekitaran masjid ini turut dikenali sebagai Jalan Harmoni kerana rumah-rumah ibadat agama Islam, Hindu dan Cina yang berdekatan antara satu sama lain.
Diberi nama kampung keling kerana di daerah yang kini dipenuhi oleh deretan rumah pedagang-pedagang keturunan Cina, dulunya pada masa masjid ini dibangunkan merupakan kawasan tempat tinggal Muslim India atau Keling yang berasal dari India selatan. Kampung Keling yang memanjang di sisi barat sungai Malaka. Tipikal bangunan masjid dengan senibina seperti Masjid Kampung Keling ini memang sedang berkembang kala itu. Malaka sendiri memang menjadi pusat perdagangan yang begitu maju di abad ke 14 hingga abad le 18M.
Seperti banyak masjid yang dibina di Melaka pada zaman itu, hiasan dengan pengaruh Cina digunakan untuk menghiasi masjid ini. Bahan-bahan seperti jubin seramik dan jubin lantai daripada kerajaanChina Dinasti Ching juga digunakan. Motif-motif menghiasi tepian kubah masjid. Menara batu menunjukkan ciri senireka Melaka pada masa itu, dan dipengaruhi oleh rekabentuk pagoda orang Cina. Ukiran dan seni bina masjid menggunakan faktor alam semulajadi. Pengaruh tumbuh-tumbuhan menjadi kriteria utama seni bina dan ukiran pada bahagian dinding dan bumbung masjid-masjid berkenaan. Pada hujung bumbung terdapat ukiran berkonsepkan sulur bayur, mahkota dan awan larat.
"All the picture,information are for educational purpose only"