Perigi Hang Tuah


Legenda mengenai Pahlawan Melaka Hang Tuah memang banyak disebarkan dalam kalangan penduduk.Kesetiaan Hang Tuah semasa pemerintahan Sultan Mansur pada zaman kegemilangan Melaka terkenal kerana kecemerlangan pentadbiran dan kejayaan melemahkan  ancaman Siam dan Acheh.Hang Tuah juga terkenal kerana memenangi pertarungan dengan Hang Jebat menggunakan Keris legendanya Taming Seri.


Hang Tuah dikatakan dilahirkan di Pulau Bentam, Sumatra, dan membesar di sekitar Kampung Duyong bersama dengan empat orang sahabatnya,Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, dan Hang Lekiu, yang semuanya merupakan pahlawan pada zaman itu.Namun, Hang Tuah memang menjadi Pahlawan kegemaran Sultan kerana kesetiaan dan keberaniannya dalam menyelesaikan tugas yang diberi oleh sultan.

Perigi ini terletak di Kampung Duyong dan mengikut legenda, beliau sendiri mengorek perigi ini untuk kegunaannya sendiri, Selepas beliau meninggal dunia, khabar angin menyatakan bahawa perigi tersebut menjadi tempat di mana semangat beliau bersemadi.Beliau menjelmahkan diri sebagai buaya putih dalam perigi tersebut.Penduduk juga percaya bahawa buaya putih itu tidak boleh dilihat oleh calang-calang orang tetapi hanya orang yang beriman dan mempunyai hati yang suci boleh nampak buaya itu.

Surau terdapat hampir dengan perigi ini dan dipercayai bahawa di surau inilah Hang Tuah beramal ibadat. Satu lagi legenda mengatakan air dalam Perigi Hang Tuah selalu jernih. Walaupun dilanda musim kemarau, air dalam perigi tersebut tidak pernah kering.Penduduk  tempatan percaya bahawa air perigi tersebut mempunyai kuasa ajaib yang dapat mengubati sebarang penyakit.

                                                            "All the picture,information are for educational purpose only"