Dataran Pahlawan Melaka

Dataran pahlawan merupakan salah satu tempat bersejarah yang terkenal di Melaka dan Malaysia.Hal ini kerana tempat tersebut menjadi saksi utama kepada pengumuman berhubung tarikh kemerdekaan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman Putera.
Tempat ini menjadi saksi perjuangan orang Melayu dalam menuntut kemerdekaan daripada penjajah British. Tempat inilah yang menyaksikan puluhan ribu rakyat berkumpul untuk meyambut kepulangan rombongan Merdeka dari London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putera .


Semasa perhimpunan pada 20 Februari 1956,Tunku Abdul Rahman Putera telah membuat pengisytiharan bersejarah berhubung tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu yang bakal  diisytiharkan pada 31 Ogos 1957.
Tempat pengisytiharan ini telah didirikan Memorial Perisytiharan Kemerdekaan yang terletak berhadapan dengan Dataran Pahlawan.Memorial Perisytiharan Kemerdekaan merupakan sebuah bangunan yang didirikan pada tahun 1912 yang memperlihatkan seni bina penjajah British dan tempatan.Pemgunjung yang melawat Bandar Hilir Melaka sudah tentu tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi tempat ini.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan telah dirasmika oleh Tunku Abdul Rahman Putera pada 31 Ogos 1985.Pembinaan memorial ini amat penting untuk memberi kesedaran kepada generasi muda berhubung perjuangan menuntut kemerdekaan.
Di luar memorial ini juga ditempatkan kereta merdeka 1957 dan dua buah kereta perisai yang digunakan semasa darurat.Memorial pengisytiharan Kemerdekaan turut mempamerkan kisah perjuangan Negara sehingga Negara mencapai kemerdekaan.Antara bentuk bahan pameran ialah barangan ,manuskrip tayangan video,filen dan slaid.



                                                   "All the picture,information are for educational purpose only"